MBSA – JAIS tandatangani MoU perkukuh Konsep Halalan Toiyyiban | Selangorkini


MBSA – JAIS tandatangani MoU perkukuh Konsep Halalan Toiyyiban

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 11 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengorak selangkah lagi dengan mengadakan kerjasama bagi memperkukuhkan konsep halalan Toiyyiban di kalangan peniaga di kawasan Shah Alam.

Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad, berkata antara kerjasama yang dijalinkan termasuklah memastikan peniaga menjaga kebersihan di premis.


“Pihak MBSA telah memenuhi beberapa kriteria yang dituntut daripada konsep halal toyyiban yang diperkenalkan di Bandaraya Shah Alam di mana antara kriteria ditetapkan dalam syarat permohonan lesen perniagaan adalah penjagaan kebersihan.

“MBSA menegaskan kepentingan penjagaan kebersihan terhadap setiap premis perniagaan dijalankan di bawah kawasan pentadbirannya di mana kebersihan juga merupakan satu faktor utama kepada peniaga untuk mengekalkan perniagaannya,” katanya.

Ahmad Zaharin berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pemerkasaan Konsep Halalan Toiyyiban di SACC Mall di sini, hari ini.

Jelasnya, MBSA sentiasa melaksanakan pemeriksaan terhadap kebersihan premis perniagaan dengan meliputi semua jenis perniagaan termasuk premis makanan dan minuman, kedai runcit, pasar raya, pusat membeli belah dan lain-lain.

Katanya, antara pemeriksaan dijalankan termasuk memastikan penyediaan tong sampah, perangkap minyak, penjualan produk mengikut tarikh tamat tempoh, pemakaian yang lengkap seperti topi, apron, kasut, suntikan TY2 kepada pekerja premis makanan dan minuman, kebersihan persekitaran premis dan lain-lain.

Sementara itu pada majlis sama, Ahmad Zaharin bersama Pengarah JAIS, Dato’ Haris Kasim menandatangi MoU terbabit dengan disaksikan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next