MDKL sasar cukai RM50 juta, pulangan rakyat sedia khidmat terbaik | Selangorkini


MDKL sasar cukai RM50 juta, pulangan rakyat sedia khidmat terbaik

OLEH ERMIZI MUHAMAD

MORIB, 19 MAC: Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) mensasarkan kutipan hasil cukai sebanyak RM50 juta untuk tempoh 2017 ini.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohd Yassin Alwi berkata, hasil kutipan tersebut disalurkan bagi pembaikan fasiliti dan perkhidmatan MDKL kepada masyarakat setempat.


“Hasil cukai yang kita sasarkan setakat ini lebih kurang RM50 juta dan kita sangat optimis mampu mencapai sasaran itu kerana pembayar cukai ini sangat memberikan kerjasama baik.

“Mereka tahu bukan sahaja membayar cukai itu sebagai tanggungjawab korporat, tetapi ia juga sebagai amanat secara bersama.

“Pada masa sama, hasil cukai ini akan dipulangkan kepada masyarakat dengan memberikan perkhidmatan terbaik di daerah ini,” katanya kepada SelangorKini.

Dalam isu berasingan, Mohd Yassin memaklumkan MDKL kini giat melaksanakan pelan perancangan jangka panjang dan program berterusan untuk merancakkan lagi pembangunan eko pelancongan di daerah itu.

Beliau berkata, ini termasuklah usahasama bersama agensi Kerajaan Negeri untuk menarik lebih ramai pelancong ke destinasi Pantai Morib yang sinonim di daerah itu.

“Perancangan sudah dibuat untuk membangunnkan industri eko pelancongan, namun untuk tempoh ini segala perancangan ini masih lagi tertakluk di bawah kelulusan jawatankuasa,” katanya.

Mohd Yassin bercakap kepada SelangorKini selepas hadir pada Program Morib Beach Ultimate Frishbee di Dataran Morib, semalam.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next