Mesir mula terima penghantaran minyak mentah | Selangorkini


Mesir mula terima penghantaran minyak mentah

KAHERAH 20 MAC: Selepas tergendala beberapa bulan ekoran perbalahan politik Mesir mula menerima dua penghantaran minyak mentah pertamanya.

Menurut jurucakap Kementerian Minyak Mesir, Hamdi Abdel Aziz, pihaknya menerima penghantaran itu pada Jumaat dan Sabtu lalu, lapor Berita Antarabangsa AFP.

“Kami akan menerima dua lagi penghantaran pada 26 dan 27 Mac ini,” katanya.


Dalam lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman ke Kaherah pada April tahun lalu, Arab Saudi bersetuju membiayai produk penapisan dari Aramco yang diimport Mesir menerusi perjanjian bernilai AS$23 bilion selama lima tahun.

Bagaimanapun, Oktober tahun lalu, Aramco memutuskan untuk menggantung penghantaran 700,000 tan produk petroleum sebulan susulan perbalahan antara dua negara itu berhubung konflik di Syria.

Aramco dipetik sebagai berkata, penggantungan disebabkan keadaan komersial khas di tengah-tengah ketidaktentuan harga minyak dunia.

Bagaimanapun, langkah itu diambil selepas Mesir menyokong resolusi ke atas Syria yang dicadangkan Russia kepada Lembaga Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ia mendapat tentangan hebat Arab Saudi.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next