BERITA UTAMA SUKANKINI

Muka baru dominasi jawatan FAM

SHAH ALAM, 25 MAC: Perebutan jawatan dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyaksikan muka baharu menerajui pimpinan tertinggi jawatan terbabit.

Menerusi kongres FAM ke-53 petang ini, menyaksikan Datuk Seri Subahan Kamal dipilih sebagai timbalan presiden persatuan itu dengan jumlah undian 37 undi.

Datuk Mohd Yussof Mahadi meraih 33 undi melalui undian 38 perwakilan yang hadir.

famKeputusan itu, sekali gus mengenepikan penyadang terdahulu, Datuk Seri Afandi Hamzah yang sekadar meraih enam undian.

Bagi jawatan naib presiden, empat muka baru dipilih dari lapan calon bertanding selepas tiga calon penyandang terdahulu menarik diri untuk tidak bertanding, pada sesi pemilihan.

Lapan muka baru juga dipilih sebagai ahli jawatankuasa lelaki yang turut menampilkan muka baru perwakilan dari 17 calon bertanding sebelumnya.

Sementara ahli jawatankuasa wanita menyaksikan calon, Datuk Suraya Yaacob dan Shahrizah Umamah Abdul Mutalib dipilih dengan masing-masing mendapat 24 dan 18 undian.

Memetik laporan MalaysiaKini, berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi sesi 2017-2021.
Presiden:

Tunku Ismail Sultan Ibrahim

‎Timbalan Presiden:

1) Datuk ‎Seri Subahan Kamal,‎ 37 undi

2) Datuk Mohd Yusoff Mahadi,‎ 33 undi

Naib Presiden:

1) Mohd Johari Mohd Ayob, 34 undi

‎2) Datuk Ab Ghani Hassan‎, 29 undi

3) Datuk S Sivasundaram, 28 undi

4) Datuk Rosmadi Ismail, 20 undi‎

Ahli Jawatankuasa lelaki:‎

1) Supritenden Mohd Dali Wahid, 25 undi

‎2) Datuk Azisman Alias, 33‎ undi

3) Datuk Amiruddin Omar, 30 undi

4) Datuk Hisamuddin Yahya, 29

5) Subkhiddin Mohd Salleh, 21 undi

6) Mohd Firdaus Mohamed, 21 undi

7) Christopher Raj Avalanthu, 25 undi

8) Datuk Jeffrey Low Han Chau, 28 undi‎

Ahli Jawatankuasa wanita:‎

1) Datuk Suraya Yaacob, 24 undi

2) Sharizah Umamah Abdul Mutalib, 18 undi

-NFN-


Pengarang :