PAKATAN rujuk Konvensyen Warga Felda tangani isu | Selangorkini


PAKATAN rujuk Konvensyen Warga Felda tangani isu

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 20 MAC: Konvensyen Warga Felda yang dianjurkan dengan jaya akan menjadi panduan bagi Pakatan Harapan (PAKATAN) mengatasi pelbagai isu melanda agensi kerajaan itu.

Pengarah konvensyen, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kejayaan penganjurannya amat penting bagi PAKATAN merancang langkah susulan mengembalikan Felda ke landasan asal.


“Konvensyen ini mewujudkan perbincangan sihat dan berjaya menghasilkan rumusan baik.

“Ia akan menjadi panduan bagi PAKATAN menangani isu melanda Felda,” katanya kepada media selepas berakhir konvensyen itu di sini, semalam.

Setiausaha Kehormat KEADILAN itu berkata, PAKATAN mengambil inisiatif menganjurkan konvensyen terbabit kerana menyedari peneroka Felda berhak menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap apa yang berlaku kepada agensi berkenaan.

“Pengurusan Felda berasa tidak senang seminggu sebelum konvensyen diadakan kerana menganggap jenama Felda itu hak milik mutlak mereka, sedangkan warga Felda mempunyai hak untuk bercakap pelbagai isu,” katanya.

Konvensyen Warga Felda bertema ‘Kelangsungan Felda Melalui Pengupayaan dan Pendidikan’ diadakan PAKATAN ekoran berlaku pelbagai penyelewengan di dalam pengurusan Felda hingga dibebani masalah kewangan.

-AA-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the author

BERITA BERKAITAN

Prev
Next