Pantau anak elak insiden tak diingini | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Pantau anak elak insiden tak diingini

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 19 MAC: Ibu bapa dinasihatkan memantau aktiviti anak-anak terutamanya musim cuti sekolah ketika ini bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, Kerajaan Negeri melahirkan rasa sedih ekoran insiden lemas yang meragut nyawa di Sungai SKC Bukit Beruntung, baru-baru ini.


“Takziah kepada keluarga mangsa dan berharap agar kanak-kanak lain berhati-hati dalam apa jua aktiviti cuti sekolah ini bagi mengelakkan sebarang tragedi.

“Dalam situasi ini sewajarnya kita mencari penyelesaian supaya insiden sedemikian tidak berulang atau sekurang-kurangnya diminimumkan,” katanya yang meninjau Operasi Menyelamat di lokasi kejadian pagi tadi.

Daroyah berkata ibu bapa harus peka dengan rutin harian anak-anak dan mengambil tindakan sewajarnya.

Turut berada di lokasi ialah Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Kubu Bahru, Lee Kee Hiong.

Kelmarin, lapan murid sekolah berusia sembilan hingga 12 tahun, termasuk satu pasangan adik-beradik hanyut dibawa arus deras ketika sedang menangguk ikan di anak sungai Selangor di Kampung Timah.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, lima mangsa, Shahrizwan Abdullah, 10, Shahrizat Abdullah, 12, Mohd Iskandar Shah Abdullah, 11, Mohd Aiman Fitri Md Asmadi,12, dan Amirul Hakimi Khairul Amru, 9, ditemui lemas.

Pasukan mencari dan menyelamat menemui satu lagi mayat di lokasi pencarian berhampiran muara Sungai Selangor hari ini.

Seorang mangsa, Muhammad Shahir Azman, 12, terselamat, dalam kejadian itu dipercayai berpunca daripada fenomena kepala air.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next