Pelantikan Mohaiyani usaha martabat wanita | Selangorkini


Pelantikan Mohaiyani usaha martabat wanita

SHAH ALAM, 15 MAC: Pakatan Harapan ingin mengucapkan tahniah kepada Maybank kerana menjadi bank pertama di Malaysia yang melantik wanita sebagai pengerusi mengetuai lembaga pengarah utama syarikat senaraian awam terbesar di negara ini.

Pakatan Harapan percaya langkah ini bukan sahaja akan menambah lagi senarai ikon wanita dalam bidang penting dan kritikal selepas Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang merupakan Gabenor Bank Negara sebelum ini, malah akan meningkatkan motivasi golongan wanita.

Sebelum ini, pada awal Mac ini, Maybank mengumumkan peruntukan tawaran cuti khas kepada kakitangan wanita bersalin untuk satu tahun serta beberapa insentif amat baik sempena Hari Wanita.


Semoga pendekatan ini akan menjadikan Maybank terus melangkah ke hadapan dalam memperkasakan wanita dengan memberi peluang kepada Datuk Mohaiyani Shamsudin menerajui barisan kepimpinan institusi perbankan tersebut.

Jawatan pengerusi merupakan posisi yang mencabar bagi setiap orang, apatah lagi untuk menguruskan sebuah syarikat yang mempunyai ratusan billion ringgit aset.

Institusi kewangan berhadapan dengan pelbagai risiko dan aktiviti operasi. Kepimpinan pengerusi menentukan perkembangan Maybank dan pengagihan dividen kepada pemegang – pemegang saham seperti Permodalan Nasional Berhad.

Sehubungan itu, kami mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Datuk Mohiyani dan seluruh warga Maybank.

Kami turut percaya beliau mampu memikul tanggungjawab besar ini. Penglibatan wanita dalam pentadbiran korporat merupakan sesuatu yang perlu dicontohi kepada entiti perniagaan lain.

PAKATAN HARAPAN:

YB HAJAH FUZIAH SALLEH
Parti Keadilan Rakyat
(PKR)

YB DR SITI MARIAH MAHMUD
Parti Amanah Negara
(AMANAH)

YB TERESA KOK
Parti Tindakan Demokratik
(DAP)

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Afeeqa Afeera


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next