Peng Soon-Liu Ying naib juara All England | Selangorkini


Peng Soon-Liu Ying naib juara All England

SHAH ALAM 12 MAC: Pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tewas kepada Lu Kai-Huang Yaqiong dari China dengan 21 -18, 19 – 21 dan ‘rubber set’ 16-21 dalam aksi sengit kira-kira 90 minit pada final Siri Super Premier All England.

Pada perlawanan separuh akhir, Peng Soon-Liu Ying mengenepikan pencabar mereka Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun dengan 21-17 dan 21-15.

Lu Kai-Huang Yaqiong pula sebelum ini mengalahkan pasangan tuan rumah, Chris Adcock-Gabrielle Adcock dengan 19-21, 21-12, 22-20.


Pada Sukan Olimpik 2016, Chan Peng Soon – Liu Ying meraih pingat perak selepas tewas kepada beregu nombor tiga dunia dari Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir, lapor ASTRO AWANI.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next