Permohonan masuk MITS melonjak 12.97% | Selangorkini


Permohonan masuk MITS melonjak 12.97%

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SEPANG, 7 MAC: Permohonan kemasukan ke Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) bagi sesi 2017 meningkat sebanyak 12.97 peratus ekoran kesedaran golongan muda tentang kepentingan pendidikan Islam.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’ Haris Kasim berkata, berdasarkan kepada jumlah kemasukan MITS tahun ini, terdapat peningkatan seramai 12.97 peratus iaitu 970 orang pelajar.


“Berbanding tahun lalu, jumlah kemasukan pelajar seramai 860 orang.

“Ini menunjukkan bahawab golongan muda hari ini mula memberi perhatian lebih kepada bidang agama dan keinginan mereka untuk mendalaminya tanpa mengabaikan bidang akademik yang lain,” katanya.

Katanya, ketika majlis perasmian Tilawah dan Menghafaz Al-Quran di Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya, malam tadi.

Tambahnya lagi, setakat ini sebanyak empat buah MITS telah didirikan di empat buah daerah iaitu Kuala Langat, Klang, Sabak Bernam dan Sepang.

Difahamkan tahun lalu, MITS menerima 2,050 permohonan, namun hanya 800 pelajar ditemuduga dan 230 sahaja mendapat tawaran.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the author

BERITA BERKAITAN

Prev
Next