Pertahan integriti, ungguli capaian ekonomi | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Pertahan integriti, ungguli capaian ekonomi

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 20 MAC: Penjawat awam diingatkan supaya mempertahankan integriti dan ketelusan bagi terus mengungguli pencapaian ekonomi dalam negara.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, walaupun berdepan cabaran getir ketika ini, Selangor perlu memastikan ekonomi negeri terus berkembang maju dan pesat.


“Ekonomi fundamental bukan sahaja persoalan ‘growth, trade, investment’ tetapi lebih penting adalah soal integriti, pengurusan, ketelusan dan institusi berwibawa.

“Kita mungkin negeri maju dan kaya tetapi rakyat akan menderita serta tidak dapat bertahan sekiranya kerajaan mengamalkan rasuah.

“Ini peringatan penting untuk kita semua,” katanya ketika merasmikan Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Selangor di Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.

CP2A1470-800x533Mohamed Azmin berkata, pencapaian hebat Kerajaan Negeri ketika ini perlu dipertahankan dan angka yang dibentangkan boleh menjadi aspirasi untuk lebih berdaya saing bagi mengangkat martabat rakyat ke peringkat lebih tinggi.

“Saya yakin kecemerlangan Selangor boleh terus dipetahankan penjawat awam.

“Kejayaan tidak boleh berlaku jika eksekutif atau pentadbir bergelumang dengan rasuah. Mahu berjaya hari ini, esok dan akan datang, kita mesti pertahankan integriti dan amalan urus tadbir baik,” katanya.

Terdahulu, Mohamed Azmin berkata, laporan dari Insititusi Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MEIR) mengesahkan Selangor menjadi negeri terpenting kepada Malaysia mencapai status berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Prestasi ekonomi Malaysia dibantu Selangor dengan mendominasi sektor pembuatan dan pembinaan di negara ini.

-AA-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next