Pertandingan Boling Mesra Media 2017 MPKj meriah | Selangorkini


Pertandingan Boling Mesra Media 2017 MPKj meriah

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 12 MAC: Kira-kira 100 peserta memeriahkan Pertandingan Boling Mesra Media 2017 anjuran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) yang berlangsung di Ampang Superbowl, Bangi Gateway, semalam.

Yang Dipertua MPKj, Mohd Sayuthi Bakar berkata, program itu merupakan platform berkesan dalam merapatkan hubungan dan perpaduan serta memberi kecerdasan mental dan fizikal.


“Ini antara perkara penting yang perlu ditekankan dan dibudayakan dalam kehidupan.

“Walau kita dipenuhi pelbagai tugasan dan terkanan kerja, aktiviti riadah perlu kita lakukan bersama keluarga dan rakan-rakan,” katanya.

Difahamkan kejohanan tahunan itu disertai oleh kakitangan pihak berkuasa tempatan itu dan pengamal media.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the author

BERITA BERKAITAN

Prev
Next