Peruntukan bina hospital baru didakwa susut 93.6% | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Peruntukan bina hospital baru didakwa susut 93.6%

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 20 MAC: Kerajaan Persekutuan didakwa mengalami kekurangan dana untuk membina hospital baru sebanyak 93.6 peratus, kata Ahli Parlimen Kampar, Dr Ko Chung Sen.

Beliau berkata, hal itu kerana Kerajaan Persekutuan sekadar memperuntukkan RM177 juta untuk pembinaan hospital baru, pada tahun ini berbanding RM273 juta, pada 2016.


“Malaysia mempunyai nisbah katil hospital terendah 1.99 bagi 1,000 penduduk. Ini dibuktikan dengan barisan menunggu yang panjang di hospital kerajaan.

“Berdasarkan jawapan diberikan Menteri Kesihatan, hospital kerajaan memerlukan 13,562 katil, pada 2030 dengan peningkatan nisbah dari 1.99 kepada 2.3 katil bagi 1,000 penduduk.

“Anggaran dana yang diperlukan berjumlah RM1.35 juta setahun berdasarkan anggaran RM1.5 juta bagi satu katil,” katanya di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

ko-chung-sen-480x300Chung Sen berkata, Kerajaan Persekutuan seharusnya sedia maklum populasi penduduk di negara ini meningkat 1.6 peratus sepanjang tahun yang menyaksikan keperluan bertambah hampir 960 katil.

“Kerajaan memerlukan RM2.796 juta setahun untuk pertambahan 1,864 katil.

“Dengan peruntukkan RM177 juta bagi tahun ini, kita kekurangan peruntukan hampir 93.6 peratus,” katanya.

-AA-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next