Petronas yakin bayar dividen 2017 kerajaan RM13 bilion | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Petronas yakin bayar dividen 2017 kerajaan RM13 bilion

KUALA LUMPUR 15 MAC: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) yakin dapat membuat pembayaran dividen sebanyak RM13 bilion kepada kerajaan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata jumlah itu adalah berdasarkan prestasi kewangan kumpulan berkenaan pada 2016.

“Ia (pembayaran dividen) diputuskan selepas berbincang dengan kerajaan pada tahun lepas. Malah, kami amat bersyukur di atas sikap para pemegang saham yang amat memahami.


“Perancangan kami bagi tujuan perbelanjaan modal dan pelaburan juga tidak pernah diubah atau terjejas akibat keperluan (membayar) dividen itu,” katanya lapor BERNAMA.

Mengulas selanjutnya, Wan Zulkiflee berkata jumlah dividen itu juga berbeza setiap tahun kerana berdasarkan keadaan ekonomi semasa, harga minyak serta pelan perniagaan kumpulan itu untuk masa akan datang.

“Saya tidak pasti bagaimanakah keadaan ekonomi, misalnya bagi tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

“Namun apabila tiba masanya, kami akan memberi penjelasan kepada pemegang saham mengenai program, unjuran, harga minyak dan kedudukan tunai pada masa itu,” katanya.

Bagi tahun kewangan 2016, syarikat minyak nasional itu membayar dividen sebanyak RM16 bilion kepada kerajaan.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next