Piala Sultan Selangor: PKNS FC azam rampas kembali | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Piala Sultan Selangor: PKNS FC azam rampas kembali

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 19 MAC: PKNS FC berazam melakukan yang terbaik bagi membalas kepercayaan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, untuk membawa pulang Piala Sultan Selangor ke negeri itu.

Presidennya, Siti Zubaidah Abd Jabar, berkata pihaknya menjunjung kasih atas titah Sultan Selangor yang berkenan PKNS FC mewakili Selangor dalam pertandingan piala berprestij itu.


Katanya, ia adalah penghormatan kepada kelab bola sepak kelolaan agensi Kerajaan Negeri Selangor iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

“Pasukan beriltizam untuk menghadiahkan kemenangan dan membawa pulang trofi Piala Sultan Selangor ke pangkuan DYMM Tuanku dan rakyat Selangor pada tahun ini.

“Kita berusaha mempersembahkan mutu permainan menghiburkan dan berkualiti dalam perlawanan penuh dengan tradisi yang menjadi simbolik kepada hubungan istimewa di antara dua buah kerajaan atas semangat kesukanan diinspirasikan Tuanku Sultan,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau merakamkan penghargaan terima kasih kepada seluruh rakyat Selangor khususnya peminat dan penyokong bolasepak negeri itu yang bersatu di bawah semangat kesukanan kerana menyokong PKNS FC mewakili Selangor.

Mewakili negeri sebagai Pilihan Selangor, PKNS FC akan menentang Pilihan Singapura dalam perlawanan diadakan di Stadium Nasional Singapura, 6 Mei depan.

Perlawanan itu dilangsungkan selepas pertemuan Veteran Selangor dan Veteran Singapura diadakan terlebih dahulu.

Piala Sultan Selangor adalah hasil cetusan ilham Sultan Selangor dan diadakan sejak 2001.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next