Pilihan raya MPP UNISEL berjalan lancar | Selangorkini


Pilihan raya MPP UNISEL berjalan lancar

SHAH ALAM 4 MAC: Universiti Selangor (UNISEL) telah mengadakan Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di kedua-dua buah kampus iaitu Shah Alam dan Bestari Jaya pada 1 Mac lalu.

Pengarah Komunikasi Korporat UNISEL, Hasril Abu Hassan berkata, pilihan raya itu bertujuan untuk memilih calon terbaik yang bakal menyandang jawatan MPP.

Katanya MPP berperanan dalam membantu pihak pengurusan dalam mengenalpasti keperluan serta kebajikan pelajar selain menghidupkan suasana universiti dengan pelbagai agenda serta aktivti untuk pelajar.


Proses pembuangan undi bermula jam 9 pagi sehingga jam 5 petang itu berlangsung di Dewan Pro Canselor bagi kampus Shah Alam manakala beberapa lokasi di sekitar kampus Bestari Jaya.

Antaranya Dewan Naib Canselor, Rotunda Jabatan Kejuruteraan, Rotunda Jabatan Pengkomputeran FPSS serta Rotunda Jabatan Sains & Bioteknologi.

“Proses pemilihan pada tahun ini menyaksikan persaingan sengit di antara calon-calon di kedua-dua buah kampus yang turut menyaksikan peningkatan bukan sahaja dari segi bilangan pencalonan bahkan juga peratusan mahasiswa yang turun mengundi,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata rata-rata manifesto yang dikemukakan oleh calon adalah berbentuk penambahbaikan dari segi kemudahan dan infrastruktur bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif serta berdaya saing.

Ia seiring dengan hasrat UNISEL untuk melahirkan masyarakat yang dibentuk dengan kemantapan sahsiah dan intelektual.

“Sekalung tahniah diucapkan buat kesemua calon yang berjaya memenangi kerusi umum dan juga kerusi fakulti yang dipertandingkan.

“Semoga dengan kemenangan ini pelajar dapat berbakti kepada bukan sahaja fakulti dan universiti malah kepada komuniti setempat,” katanya.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the author

BERITA BERKAITAN

Prev
Next