Selangorkini
BERITA UTAMA NASIONAL

Rasuah letak imej buruk pada negara

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 6 MAC: Isu penyelewengan dan rasuah yang berlaku secara berleluasa ketika ini memberi imej buruk kepada negara ekoran dakwaan pentadbiran kerajaan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak diurus secara bertanggungjawab.

Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, teguran dilakukan DYMM Yang Dipertuan Agong sesungguhnya tidak menghairankan kerana isu terbabit kini menarik perhatian rakyat kerana pelbagai masalah yang membelenggu pentadbiran kerajaan ketika ini.

“Ia meletakkan negara pada kedudukan buruk dengan imej parah. Mengikut laporan Tranperensi Antarabangsa, contohnya kedudukan negara meningkat kepada lebih buruk.

“Isu ini pasti berkait dengan pentadbiran Najib dan kita semua maklum di peringkat dunia iaitu hampir semua negara yang mempunyai kaitan dengan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memulakan siasatan,” katanya kepada SelangorKini di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Naib Presiden KEADILAN itu mengulas titah ucapan dibuat Yang Dipertuan Agong berhubung perkara itu dalam Isitadat Pembukaan Penggal Kelima Sidang Dewan Rakyat ke-13 itu.

Beliau seterusnya berkata, teguran baginda berkenaan pembabitan golongan wanita diperkasakan Kerajaan Selangor di bawah pimpinan PAKATAN diketuai Dato’ Menteri Besar, Dato’ Sri Mohamed Azmin Ali.

shamsul-iskandar-mohd-akin“Ia selaras dengan apa dilakukan dalam Kerajaan Selangor, ramai pemimpin wanita diberikan peluang dan diposisikan di beberapa kedudukan penting seperti Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS),” katanya.

Begitu juga dengan isu perumahan, katanya, berjaya diatasi Kerajaan Selangor menerusi projek perumahan Selangorku yang mendapat sambutan daripada rakyat.

“Kerajaan Persekutuan umumkan pelbagai projek tetapi kita lihat masih banyakk lagi yang tidak dicapai sasaran.

“Pentadbiran Kerajaan Selangor merancang projek perumahan Selangorku dan kita lihat sambutan amat baik dengan kita menitikberatkan perkara asas bagi penyelesaiannya yang masih belum dapat diselesaikan di peringkat Persekutuan,” katanya.

-AA-


Pengarang :