Saham Asia dibuka rendah, pelabur ambil langkah waspada | Selangorkini


Saham Asia dibuka rendah, pelabur ambil langkah waspada

HONG KONG 15 MAC: Saham Asia dibuka rendah sedikit hari ini berikutan pelabur mengambil langkah berhati-hati menantikan hasil mesyuarat beberapa bank pusat pada petang ini.

REUTERS melaporkan antara yang dinantikan dalam tempoh 36 jam ini termasuklah mesyuarat dasar Rizab Persekutuan, Bank of England dan Bank of Japan serta keputusan pilihan raya di Belanda.

Indeks MSCI Asia-Pacific di luar Jepun susut 0.1 peratus selepas mencatatkan keuntungan harian kedua terbesar tahun ini pada sesi terdahulu.


Penanda aras Jepun, Nikkei dibuka susut 0.52 peratus manakala Topix susut 0.41 peratus lebih rendah.

Saham di Korea Selatan dan Australia juga susut.

Bagaimanapun, ekuiti mencatatkan permulaan yang baik di China dan India, disokong oleh berita positif mengenai ekonomi negara berkenaan.

Data yang kukuh dari China minggu ini telah mencetuskan rali yang baru dalam saham Hong Kong.

Saham India pula menokok ke paras tertinggi semalam susulan pelabur melihat kejayaan Perdana Menterinya, Narendra Modi dalam mempromosikan agenda pembaharuan ekonomi di Uttar Pradesh.

Walaupun pasaran ekuiti dilihat optimis, pasaran mata wang asing masih lagi berhati-hati dengan dolar Amerika Syarikat (AS) menokok tinggi berbanding pesaing utamanya yang lain berikutan jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan.

Tumpuan pasaran akan beralih kepada kenyataan Pengerusinya, Janet Yellen untuk membuka jalan kepada kenaikan kadar faedah.

Pada Rabu, bank pusat AS itu hampir menaikkan kadar faedah penanda arasnya, langkah yang dianggap tidak mungkin berlaku oleh pasaran beberapa minggu lalu.

Indeks dolar meningkat 0.3 peratus kepada 101.70, naik 0.7 peratus dalam dua sesi terdahulu selepas bersaing dalam pengambilan untung pada hujung minggu lalu.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the author

BERITA BERKAITAN

Prev
Next