SELANGOR

SBSK selesai kemelut nafkah

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 30 MAC: Melihat keruncingan kes pengabaian perintah mahkamah berkaitan pemberian nafkah, Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga (SBSK) di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) membantu 606 kes tuntutan nafkah.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, sehingga Disember 2016, sebanyak 606 kes tuntukan nafkah dibawa ke Mahkamah untuk tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 449 kes telah berjaya diselesaikan manakala bakinya masih dalam prosiding Mahkamah.

“SBSK membantu dari segi nasihat guaman secara pecuma kepada. SBSK juga menggunakan aplikasi e-Nafkah bagi memantau perintah nafkah agar masalah kelewatan dalam pengendalaian kes dapat diatasi,” katanya menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri Taman Medan, Haniza Talha dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Yunus berkata, adalah menjadi keutamaan SBSK memastikan kepentingan dan kebajikan golongan berhak menerima nafkah terutama anak-anak.

“Apabila sisatan dijalankan dan mendapati bekas suami tidak membayar nafkah, maka tindakan penguatkuasaan bersesuaian dibincangkan.

“Antara tindakan penguatkuasaan termasuklah perintah tahanan pendapatan tenaga (potongan gaji), Notis penghakiman, penyitaan dan penjualan, hiwalah (penahanan harta penghutang bagi penghakiman melalui pihak ketiga) atau penghkomitan,” katanya.

-nR-


Pengarang :