Sekitar DUNIA Antarabangsa Hari Ini | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Sekitar DUNIA Antarabangsa Hari Ini

Berikut adalah rumusan berita antarabangsa daripada pelbagai agensi berita pada 20 MAC 2017 sehingga jam 10.00 pagi hari ini:

1. TOKYO: Pelajar di negara Jepun mengadakan latihan di luar kelas bagi persediaan menghadapi serangan peluru berpandu daripada Korea Utara. – CNN

2. ISRAEL: Menteri Pertahanan Israel , Avigdor Liberman memberikan amaran kepada Syria untuk terus menyerang negara itu apabila ia menyasarkan pesawat pejuang Israel dengan serangan peluru anti pesawat – CNN


3. WASHINGTON: Koleksi buku lukisan veteran tentera oleh bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W Bush menduduki senarai buku terlaris negara itu. Buku bertajuk ‘A Commander in Chief’s Tribute to America’s Warriors’ itu menampilkan 66 potret anggota tentera yang cedera atau mengalami trauma. – AFP

4. ACCRA: 20 pelajar yang sedang berenang di dalam sungai terbunuh selepas pokok menimpa mereka akibat ribut di Ghana. Kejadian itu disahkan pegawai kecemasan, semalam. Jurucakap Perkhidmatan Kebakaran Kebangsaan Ghana, Putera Billy Anaglate, kejadian luar biasa itu berlaku pada tengah hari semalam, ketika sekumpulan pelajar sekolah tinggi sedang berenang di air terjun Kintampo.- AFP

5. KANDAHAR: Tiga tentera Amerika Syarikat cedera apabila askar Afghanistan melepaskan tembakan di wilayah Helmand, kata pegawai, dalam kejadian ‘serangan dalaman’ pertama ke atas tentera antarabangsa tahun ini.- AFP

6. BANGKOK: Polis Thailand hari ini berkata mereka berjaya membongkar rancangan untuk membunuh Perdana Menteri selepas merampas senjata milik aktivis antijunta yang kini sedang diburu. Ia adalah penemuan terbaru simpanan senjata milik anggota pergerakan Baju Merah, kumpulan politik yang setia kepada Perdana Menteri yang disingkirkan, Thaksin Shinawatra. – REUTERS

7. MOSUL: Beribu-ribu rakyat Iraq keluar dari barat Mosul pada Sabtu ketika pertempuran sengit antara tentera Iraq dan militan Daish di Kota Lama itu terhenti seketika. – AGENSI

8. PARIS: Ribuan rakyat di Paris mengadakan tunjuk perasaan membantah keganasan polis di negara itu. Pihak polis melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan tunjuk perasaan – AL-JAZEERA

9. BEIRUT: Ribuan rakyat di Lebenon turun ke jalan raya membantah cadangan kerajaan di negara itu untuk menaikkan cukai. Mereka mengadakan di ibu negara Beirut melaungkan “we will not pay”. – AL-JAZEERA

10. NEW ZEALAND: Seorang diplomat Amerika Syarikat diusir daripada New Zealand ekoran dakwaan siasatan polis. – BBC NEWS.

11. LONDON: Perdana Menteri Britain, Theresa May, akan melawat Wales hari ini bagi mendapatkan sokongan semua negara dalam United Kingdom (UK), menjelang pelaksanaan keputusan Britain untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU). – REUTERS.

DISEDIAKAN OLEH: MOHD EZLI MASHUT

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next