Selangor catat 40% permohonan sijil halal, tertinggi di Malaysia | Selangorkini


Selangor catat 40% permohonan sijil halal, tertinggi di Malaysia

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 11 MAC: Permohonan pensijilan halal di Selangor merupakan tertinggi apabila mencatatkan kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan permohonan seluruh negara.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata dianggarkan sebanyak 1,000 permohonan baru di terima setiap tahun.


“Di Selangor sebenarnya kita terima 1,000 permohonan setiap tahun dan kita memerlukan masa yang panjang di mana kalau mengikut piawaian prosedur pengoperasian (SOP) memerlukan 90 hari atau tiga bulan untuk lulus.

“Tetapi di Selangor kita cuba mengorak langkah untuk mempercepatkan proses pensijilan halal bermula dari permohonan hinggalah sijil dikeluarkan seawal 30 hari,” katanya.

Ahmad Yunus berkata demikian pada sidang media Majlis Pelancaran Pemerkasaan Konsep Halalan Toiyyiban di SACC Mall di sini, semalam.

Jelasnya, permohonan sijil halal di Selangor bukan sahaja melibatkan pengusaha kedai makan, malahan turut membabitkan produk lain seperti kosmetik, tekstil dan lain-lain.

Katanya, pengetahuan mengenai kepentingan memiliki sijil halal ini perlu diperluaskan kepada semua pihak yang terlibat supaya dapat menepati konsep halal toyibban.

Ketika menyentuh penerimaan peniaga bukan Islam terhadap pensijilan halal, Ahmad Yunus memberitahu, dianggarkan 80 peratus permohonan sijil halal dibuat oleh golongan terbabit berbanding peniaga Islam sendiri.

“Bukan sahaja di Selangor tetapi di mana-mana di dunia peniaga Islam ini menganggap produk yang dihasilkan itu memang sudah halal tak perlu lagi sijil tetapi bila ada persijilan kita tahu ditahap mana piawaian kita.

“Kita kata orang Islam tetapi tidak mempraktikannya misalnya isu kebersihan, kita pula yang kotor. Kalau di negara Jepun kita lihat restoran mereka bersih, walaupun bukan Islam tetapi mereka mengamalkan ciri orang Islam itu sendiri,” katanya.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next