Selangor Music Festival kumpul aktiviti muzik terbesar Selangor | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Nurul Farina Nazlan

Selangor Music Festival kumpul aktiviti muzik terbesar Selangor

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 27 MAC: Selangor Music Festival yang akan diadakan di Encorp The Strand Mall pada 1 dan 2 April ini bukan sahaja mengumpulkan artis terkenal, malahan menjadi medan untuk anak muda mempamerkan bakat bagi tontonan umum.

Selangor Music Festival (2)Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara, Radzlan Jalaluddin berkata, program itu diadakan sebagai lanjutan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Petaling Jaya dan Shah Alam sebagai kota seni.


“Ini adalah program muzik terbesar yang pertama mengumpulkan aktiviti muzik di Selangor. Kita ada pelbagai acara berkaitan muzik sama ada persembahan artis dan membabitkan masyarakat melalui pertandingan seperti Battle Of The Buskers, drumer, gitar dan pertandingan lain membabitkan muzik.

“Pertandingan ini diadakan kerana kita mahu pembabitan anak negeri dan masyarakat di sini bukan sekadar menonton persembahan artis kemudian balik,” katanya kepada SelangorKini, di sini, hari ini.

Katanya, pertandingan seperti itu juga mampu memberi peluang kepada anak muda menjana ekonomi melalui bakat bermain muzik yang mereka ada.

Antara artis yang akan membuat persembahan dalam program anjuran kerjasama Kerajaan Negeri dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kota Damansara itu nanti adalah kumpulan Bunkface, Kaka Azraff, Gerhana Ska Cinta, Andy Flop Poppy, I AmNeeta, Amir Jahari Project, Shiha Zikir, Mad Rizal dan Ewal.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next