Selangor unggul dominasi ekonomi Malaysia | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Selangor unggul dominasi ekonomi Malaysia

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 20 MAC: Selangor terus unggul sebagai indikator utama dalam memastikan Malaysia mampu mencapai status berpendapatan tinggi, menjelang 2020.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, prestasi ekonomi Malaysia dibantu Selangor dengan mendominasi sektor pembuatan dan pembinaan di negara ini.


Katanya, kadar perkapita Selangor turut meningkat kepada RM42,611, melepasi paras nasional sebanyak RM37,000.

“Dalam retreat Exco baru-baru ini, laporan dari Insititusi Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MEIR) mengesahkan Selangor menjadi negeri terpenting kepada Malaysia sama ada negara berjaya mencapai status berpendapatan tinggi atau tidak menjelang 2020, sejak 2015.

“Begitu besar sumbangan Selangor kepada ekonomi Malaysia ketika ini sehingga satu per empat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Jika Selangor dikeluarkan dalam perkiraan nasional, ekonomi Malaysia akan lebih parah dan merundum,” katanya ketika merasmikan Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Selangor di Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.

CP2A1470-800x533Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, kadar kemiskinan turut ditangani Kerajaan Negeri sehingga berjaya menurunkannya kepada 0.2 peratus, berbanding Malaysia, 0.6 peratus.

Katanya, program Insentif Peduli Rakyat (IPR) termasuk skim mikrokredit HIJRAH antara inisiatif yang berjaya membantu Selangor mencapai paras itu.

“Kerajaan Negeri tidak mahu menyongok rakyat melalui wang tunai tetapi sebagai kerajaan bertanggungjawab, kita mesti memberdayakan rakyat dengan mengangkat ekonomi keluarga masing-masing.

“Pendapatan isi rumah di Selangor berada pada kedudukan ketiga selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta kadar penganguran juga jauh lebih rendah iaitu 3.5 peratus dari paras nasional,” katanya.

-AA-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next