Shah Alam bandar raya hijau | Selangorkini


Shah Alam bandar raya hijau

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 15 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) komited menjayakan program dan aktiviti pemuliharaan alam sekitar ke arah menjadikan bandar raya itu lebih hijau dan mesra masyarakat.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, kerjasama masyarakat dan pelbagai pihak begitu memberangsangkan dalam program dirancang serta dilaksanakan pihak berkuasa tempatan  itu.


“Antara program dijalankan adalah ‘Shah Alam Trees For Life’ dengan penyertaan sukarelawan, badan korporat dan badan bukan kerajaan untuk membantu MBSA menanam pokok di tebing sungai dan tasik selain menggalakkan penduduk menanam pokok serta sayur-sayuran melalui aktiviti kebun komuniti.

“MBSA juga menyediakan pusat kitar semula di beberapa lokasi bagi memudahkan masyarakat menghantar bahan boleh dikitar semula, sekali gus dijadikan amalan hidup masyarakat di bandar raya ini,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama dengan pihak swasta turut dijalin dalam mengadakan pertandingan kitar semula membabitkan tadika, sekolah rendah dan menengah untuk mendidik masyarakat, pada usia muda.

Katanya, MBSA juga memberi penekanan terhadap kempen pengurangan beg plastik dan bebas polisterina yang diperkenalkan Kerajaan Negeri dengan hebahan melalui ‘billboard’ dan media sosial kepada peniaga juga masyarakat.

“Terkini MBSA mengadakan program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan bertujuan mengurangkan pelepasan gas monoksida ke udara yang boleh mencemarkan persekitaran,” katanya.

-AA-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the author

BERITA BERKAITAN

Prev
Next