Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

Sihat cara Azmin

OLEH AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 2 MAC: Kesibukan melaksanakan tugas dan memenuhi tanggungjawab sebagai pemimpin tertinggi negeri tidak menghalang Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali daripada menjalani hidup sihat.

Dato’ Menteri Besar yang sinonim dengan semangat kesukanannya terutama dalam sukan berbasikal mengambil kesempatan melakukan aktiviti itu di sekitar bandar raya Shah Alam.

Berkongsi posting di Twitter, Mohamed Azmin yang lengkap berpakaian sukan berkayuh sejauh 15 kilometer (km) bersama kakitangan Kerajaan Negeri.

“Shah Alam punyai trek berbasikal sempurna dan selamat. Permukaan jalan berbukit cukup mencabar stamina! #SmartSelangor,” tulisnya di Twitter, pada 28 Februari lalu.

Turut serta, Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum Sdn Bhd, Mahmud Abbas.

Mohamed Azmin turut meminta pengguna laman sosial mencadangkan laluan sesuai untuk beliau melakukan aktiviti terbabit.

Sebelum ini, beliau bersama delegasi Kerajaan Negeri pernah berbasikal di sekitar bandar Osaka, Jepun ketika melakukan lawatan kerja di negara matahari terbit itu.

-AA-


Pengarang :