BERITA UTAMA SUKANKINI

Sukan perkukuh perpaduan bukan stigma satu kaum

OLEH AFIX REDZUAN

CHERAS, 25 MAC: Sukan tidak boleh dijadikan stigma untuk satu kaum sahaja sebaliknya medium terbaik memperkukuh perpaduan masyarakat, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Katanya, kerja keras persatuan dan komuniti sukan diperlukan bagi mengembalikan kegemilangan negara dalam arena sukan termasuk di peringkat antarabangsa.

“Kerajaan Negeri menghargai sama ada persatuan sukan atau atlet yang sentiasa berusaha keras mengharumkan nama negara di pelbagai peringkat.

CP2A1698-800x533“Jika sukan bola keranjang hari ini mendapat sokongan yang kuat daripada pelbagai pihak, ia turut memberikan sumbangan kepada ekonomi negara. Selangor bersedia memimpin sukan bola keranjang.

“Saya mahu persatuan sukan berkembang lebih proaktif lagi bagi mengembalikan kegemilangan Malaysia dalam arena sukan,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis National Community Basketball League (NCBL) 2017 di Pusat Rekreasi JKKK Batu 11, di sini, hari ini.

Liga Komuniti Bola Keranjang Kebangsaan kali ke-12 itu dianjurkan MVP Marketing Sdn Bhd dengan kerjasama Persatuan Bola Keranjang Malaysia, bermula 4 Februari hingga 20 Mei ini.

Pusat Pakaian Hari-Hari tampil selaku penaja utama kejohanan yang menyasarkan mencipta sejarah penyertaan peserta terbanyak dalam liga bola keranjang dan dalam Malaysia Book Of Records.

Mohamed Azmin bersama Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari dan Penaung NCBL, Datuk Saifuddin Abdullah turut meluangkan masa menyaksikan perlawanan persahabatan antara All Star Division 1 menentang All Star Division 2.

-NFN-


Pengarang :