Sultan Selangor: LPHS perlu diberdaya | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Nurul Farina Nazlan

Sultan Selangor: LPHS perlu diberdaya

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 27 MAC: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memuji usaha Kerajaan Negeri melaksanakan dasar pendemokrasian pemilikan rumah (house owning democracy) bagi menjamin hak rakyat memiliki kediaman sendiri.

Pelancaran-Rumah-Selangorku-di-Setia-City-Convention-Centre-MB-2Baginda bertitah, peranan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) harus diberdayakan untuk mencapai matlamat berkenaan.


Titah baginda, LPHS perlu berfungsi sebagai agensi merancang dan membangunkan perumahan serta kawasan perbandaran untuk mewujudkan persekitaran hidup berkualiti.

“Beta difahamkan lebih 20,000 unit Rumah Selangorku dalam pelbagai peringkat pembangunan sejak dilancarkan pada 2014 melalui ‘smart-partnership’ dengan pemaju.

“Kemajuan ini perlu dipantau secara berkala untuk memastikan rakyat beta dapat memiliki rumah dalam tempoh ditetapkan.

“Beta turut berkenan masalah ‘end-financing’ ditangani untuk membolehkan graduan muda dan kumpulan M40 memiliki rumah,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian sempena Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor yang ke-13, di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next