Thailand lokasi kelima Baton KL 2017 | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Nurul Farina Nazlan

Thailand lokasi kelima Baton KL 2017

SHAH ALAM, 31 MAC: Larian Baton Bangkit Bersama yang diadakan sempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 atau lebih dikenali sebagai Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) akan diteruskan di Thailand, esok (1 April).

Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Malaysia (MASOC) memaklumkan dalam satu kenyataan, larian kelima itu bakal mencatat rekod larian terpanjang dalam siri BATON KL 2017 dengan jarak 24 kilometer mengelilingi bandar Bangkok.

Larian terbabit akan bermula dan berakhir di Stadium Tertutup Hua Mark, Bangkok dengan melalui 12 pos utama dengan latar belakang pelbagai bangunan ikonik bandar raya itu.


BATON SPORTMenteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan mengetuai delegasi Malaysia ke Thailand yang turut disertai Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Nik Abd Kadir Nik Mohammad dan Ketua Pegawai Operasi Sekretariat MASOC KL2017, Shaiful Zahrin Subhan, kata kenyataan itu, lapor BERNAMA.

Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Kobkarn Wattanavrangkul dan Gabenor Lembaga Sukan Thailand, Sakon Wannapong dijangka hadir, pada majlis berkenaan.

Beberapa atlet Thailand seperti pemenang pingat emas Kejohanan Menembak Dunia, Sutiya Jiewchaloemmit; pemenang pingat emas acara angkat berat Sukan Olimpik Rio 2016, Sukanya Srisurat dan Sopita Tanasarn serta pemenang pingat emas Sukan Paralimpik 2016, Pongsakorn Paeyo dalam acara lumba kerusi roda akan menyertai larian itu.

Baton KL 17 di Bangkok adalah kesinambungan larian baton yang diadakan di beberapa negara ASEAN sebelum ini iaitu Myanmar, Laos, Filipina dan Brunei bermatlamat mempromosikan temasya sukan Kuala Lumpur 2017 kepada rakyat di Asia Tenggara, manakala Vietnam akan menjadi destinasi keenam siri larian itu, pada 9 April ini.

Sukan SEA ke-29 dijadual berlangsung pada 19 hingga 31 Ogos ini, manakala Sukan Para ASEAN kesembilan pula dari 17 hingga 23 September ini.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next