Tiga lokasi jadi pilihan PKNS FC bina stadium | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Tiga lokasi jadi pilihan PKNS FC bina stadium

SHAH ALAM, 21 MAC: Tiga lokasi di Selangor menjadi pilihan bagi pembinaan stadium untuk pasukan bola sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Presiden PKNS FC, Siti Zubaidah Abdul Jabar berkata, ia membabitkan lokasi di Shah Alam, Kota Puteri di Ijok atau di Bernam Jaya.

Katanya, ketika ini, kelab bola sepak milik PKNS itu berlatih dan mengadakan perlawanan dengan menyewa Stadium Shah Alam.


“Ini menimbulkan beberapa masalah termasuk kemudahan berlatih dan bertanding di waktu malam,” katanya lapor BERNAMA.

Zubaidah yang juga Ketua Pegawai Korporat PKNS berkata, masalah itu timbul kerana lampu limpah di stadium itu kini sedang menjalani kerja penyelenggaraan dan tidak cukup terang untuk latihan.

“Serta pertandingan di sebelah malam dan terpaksa diadakan di sebelah petang.

“Bermain pada waktu petang banyak bezanya dengan waktu malam kerana rata-rata pemain sudah biasa bermain malam,” katanya.

Beliau berkata dengan adanya stadium sendiri nanti akan memudahkan lagi pengurusan jadual perlawanan, latihan pasukan dan kerja penyelenggaraan stadium.

“Stadium yang dibina nanti bakal mempunyai kapasiti memuatkan 6,000 hingga 7,000 penonton untuk peringkat permulaan, dan akan mempunyai pilihan untuk menambah lagi kapasiti stadium pada masa hadapan,” katanya.

Katanya, pembinaan stadium itu bakal memberi manfaat kepada PKNS FC, selain menyahut seruan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang menggalakkan setiap pasukan yang bermain di liga bola sepak Asia memiliki stadium sendiri.

Untuk rekod, PKNS FC mengharungi lima perlawanan Liga Super musim ini di Stadium Shah Alam dengan mencatat dua kemenangan, satu seri dan dua kekalahan.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next