Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

TOP 5: Apa LIMA berita menarik hari ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 30 MAC 2017, klik pautan untuk mendapatkan berita lanjut lebih lengkap dan menarik:

1. Kerajaan Negeri tolak cadangan Persekutuan isu SPLASH

Kerajaan Negeri bertegas menolak cadangan Kerajaan Persekutuan untuk membiayai hanya 60 peratus pengambialihan membabitkan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, nisbah 60:40 (dibiayai Kerajaan Negeri) disifatkan pramatang ekoran Kerajaan Negeri masih belum menerima keputusan jemaah menteri berhubung dapatan penilai bebas yang dilantik Kerajaan Persekutuan.

https://selangorkini.my/2017/03/kerajaan-negeri-tolak-cadangan-persekutuan-isu-splash/

2. Aksi pekerja kargo campak bungkusan penumpang dihentam nitizen

Aksi dua kakitangan kargo di sebuah lapangan terbang mengendalikan bungkusan barangan dengan tidak berhati-hati di sebuah lapangan terbangmengundang kemarahan nitizen di laman sosial facebook, baru-baru ini.

Kejadian yang sempat dirakam menerusi tingkap tempat duduk penumpang oleh seorang penumpang penerbangan yang berada di situ ditonton 151,400 kali dan dikongsi 5,890 nitizen.

https://selangorkini.my/2017/03/aksi-pekerja-kargo-campak-bungkusan-penumpang-dihentam-nitizen/

3. Dua LRA dijangka siap mengikut jadual

Kerja pembinaan dua Loji Rawatan Air Semenyih 2 dan Labohan Dagang masih berjalan mengikut jadual serta dijangka siap mengikut tempoh ditetapkan.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, setakat 25 Mac lalu kerja di LRA Semenyih 2 sudah mencapai 24.14 peratus berbanding jadual 55.5 peratus sejak dimulakan, pada 20 Mei 2016.

https://selangorkini.my/2017/03/dua-lra-dijangka-siap-mengikut-jadual/

4. Harga petrol turun hingga 19 sen

Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel turun masing-masing sebanyak 17 sen, 19 sen dan sembilan sen mulai tengah malam tadi.

Penurunan itu, sekali gus memperlihatkan RON95 kini berada pada RM2.13 seliter, RON97 pula turun kepada RM2.41 seliter, manakala diesel (RM2.11) dan harga bahan api itu pertama kali diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin menggunakan sistem harga siling mingguan.

https://selangorkini.my/2017/03/harga-petrol-turun-hingga-19-sen/

5. Turki tamatkan kempen tentera di Syria

Kerajaan Turki menamatkan kempen tentera di utara Syria, namun tidak menolak kemungkinan mewujudkan kempen ketenteraan baharu di negara bergolak itu dengan nama berbeza, kata Perdana Menterinya, Binali Yildirim, semalam.

Penamatan kempen tentera di utara Syria itu diumumkan tanpa menyatakan sama ada Turki akan membawa keluar askarnya dari negara jiran berkenaan.

https://selangorkini.my/2017/03/turki-tamatkan-kempen-tentera-di-syria/

DISEDIAKAN OLEH NURUL FARINA NAZLAN


Pengarang :