Tragedi lemas: SAR temui seorang mayat mangsa | Selangorkini


Tragedi lemas: SAR temui seorang mayat mangsa

KUALA KUBU BHARU 19 MAC: Pasukan mencari dan menyelamat menemui satu lagi mayat di lokasi pencarian berhampiran muara Sungai Selangor hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam, berkata mayat mangsa ditemui pada jam 11.15 pagi, lapor BH ONLINE.

Kelmarin, lapan murid sekolah berusia sembilan hingga 12 tahun, termasuk satu pasangan adik-beradik hanyut dibawa arus deras ketika sedang menangguk ikan di anak sungai Selangor di Kampung Timah.


Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, lima mangsa, Shahrizwan Abdullah, 10, Shahrizat Abdullah, 12, Mohd Iskandar Shah Abdullah, 11, Mohd Aiman Fitri Md Asmadi,12, dan Amirul Hakimi Khairul Amru, 9, ditemui lemas.

Bagaimanapun, seorang mangsa, Muhammad Shahir Azman, 12, terselamat, manakala dua lagi masih hilang. Kejadian itu dipercayai berpunca daripada fenomena kepala air.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next