Tragedi lemas: Usaha cari dua mangsa dipergiat | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Tragedi lemas: Usaha cari dua mangsa dipergiat

KUALA KUBU BHARU 19 MAC: Usaha mencari dua lagi kanak-kanak yang dibawa arus deras di anak Sungai Selangor, Kampung Timah, Bukit Beruntung di sini, yang masuk hari ketiga diteruskan hari ini.

Dua mangsa, Mohd Ikhwan Mohd Ridhuan dan Muhammad Aiman Kamarul Arifin, masing-masing berusia 10 dan 12 tahun sehingga kini masih belum ditemui selepas dihanyutkan arus deras bersama enam lagi rakan, kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Penolong Penguasa Bomba Kamil Hamadan, berkata operasi mencari bermula jam 10 pagi ini ditumpukan di sepanjang anak sungai berkenaan sehingga ke muara Sungai Selangor.


“Radius pencarian dilakukan dalam jarak lima kilometer dari tempat kejadian ke arah Sungai Selangor.

“Pasukan mencari dan menyelamat dengan kekuatan 97 anggota dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan pencarian,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, lapor BH ONLINE.

Katanya, operasi SAR arini akan dilakukan menggunakan lima bot penyelamat milik bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Unit Anjing Pengesan K9 bomba.

Kelmarin, lapan murid sekolah berusia sembilan hingga 12 tahun, termasuk satu pasangan adik-beradik hanyut dibawa arus deras ketika sedang menangguk ikan di anak sungai Selangor di Kampung Timah.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, lima mangsa, Shahrizwan Abdullah, 10, Shahrizat Abdullah, 12, Mohd Iskandar Shah Abdullah, 11, Mohd Aiman Fitri Md Asmadi,12, dan Amirul Hakimi Khairul Amru, 9, ditemui lemas.

Bagaimanapun, seorang mangsa, Muhammad Shahir Azman, 12, terselamat, manakala dua lagi masih hilang. Kejadian itu dipercayai berpunca daripada fenomena kepala air.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next