Wartakan MATIC jadi bangunan warisan | Selangorkini


Wartakan MATIC jadi bangunan warisan

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 19 MAC: Kerajaan Persekutuan perlu mengotakan janji untuk mewartakan semula Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) atau Dewan Tunku Abdul Rahman sebagai bangunan warisan.

Ahli Parlimen Serdang, Dr. Ong Kian Ming berkata, hal itu kerana kerajaan membatalkan gazet bangunan terbabit dan kawasan sekitarnya di sepanjang Jalan Ampang bagi membolehkan pembangunan dijalankan.


Katanya, pihaknya beliau sudah membangkitkan hal itu di Parlimen sebelum ini dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz juga berjanji akan memperkenalkan semula status warisan untuk Dewan Tunku Abdul Rahman.

“Menteri juga beri jaminan lisan bahawa apa-apa pembinaan di tanah bersebelahan Dewan Tunku Abdul Rahman adalah sejajar dengan syarat yang ditetapkan dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005.

“Ia termasuk mempunyai zon penampan sebagai perlindungan tapak warisan itu.

“Saya alu-alukan keputusan ini supaya bangunan penting dalam sejarah Malaysia dipelihara dan dilindungi,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, beliau akan menunggu penyiaran notis awam secara rasmi yang mengesahkan Dewan Tunku Abdul Rahman ditetapkan sebagai tapak warisan.

“Notis pada 26 Januari lalu hanya menyatakan niat kerajaan dan bangunan itu belum lagi secara rasmi ditetapkan sebagai tapak warisan.

“Sebagai rakyat yang peduli tentang sejarah dan warisan negara, kita mesti teruskan usaha untuk melindungi tapak warisan, bukan saja di Wilayah Persekutuan tapi di seluruh negara,” katanya.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next