Selangorkini
ALAM SEKITAR & CUACA SELANGOR

10 sekolah dalam dan luar negara semarakkan program cintai alam sekitar

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 22 APRIL: Sebanyak 10 sekolah dari dalam dan luar negara menyertai Sri Aman Environmental Youth Leadership Summit (SAEYLS) bagi memupuk semangat cintakan alam sekitar.

Program berlangsung selama enam hari itu bermula 16 hingga 21 April, merupakan sidang kemuncak berlandaskan kepimpinan belia dan alam sekitar yang dianjurkan oleh Sek. Men. Keb. (P) Sri Aman.

Menurut Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam kenyataannya berkata, sebanyak 10 sekolah itu antaranya dari negara China, Filipina, Thailand, Indonesia dan tuan rumah, Malaysia.

“SAEYLS diadakan bagi mengumpulkan beberapa sekolah di luar negara untuk bersama mencungkil, mengasah dan membangunkan pemikiran tentang pentingnya memelihara alam sekitar serta memberi inspirasi untuk masa depan yang lebih hijau.

“Antara aktiviti dijayakan seperti menanam pokok, lawatan ke Bukit Gasing Forest Park dan Rain Forest di One Utama telah diadakan bagi memberi pengetahuan, pengalaman, penjagaan serta mengambil berat tentang alam sekitar,” katanya.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Datuk Bandar, Johary Bin Anuar di SMK (P) Sri Aman.

PelajarKatanya, peserta juga mengambil bahagian dalam pertandingan dikenali sebagai Young Eco Innovation Challenge dengan peserta perlu mengeluarkan ilmu dan idea alam sekitar untuk menjadikan masa depan bumi lebih hijau.

Selain itu, terdapat juga aktiviti ‘Smart City Challenge’ iaitu pertandingan berkumpulan apabila setiap pasukan harus membuat membentangkan idea serta konsep bandar pintar yang mesra hijau, cekap pengurusan tenaga, pengurusan sisa dan mobiliti di bandar.

Difahamkan, Projek SAEYLS diuruskan hampir 100 peratus oleh pelajar sekolah itu sendiri.

=EZY=


Pengarang :