3 lapangan terbang India diletak berjaga-jaga rampasan pesawat | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

3 lapangan terbang India diletak berjaga-jaga rampasan pesawat

MUMBAI 16 APRIL: Agensi keselamatan lapangan terbang di India mempertingkatkan langkah keselamatan ekoran menerima amaran wujud dakwaan bakal berlaku rampasan pesawat yang berlepas daripada Mumbai Chennai dan Hyderabad serentak pada Ahad.

Portal THE TIMES OF INDIA melaporkan maklumat berhubung rampasan pesawat itu melibatkan 23 individu memaksa agensi keselamatan melatakkan situasi dalam keadaan berjaga-jaga untuk sebarang kemungkinan.

Jawatankuasa Keselamatan Lapangan Terbang yang bermesyuarat pada Sabtu menyarankan penumpang untuk tiba di lapangan terbang seperti dijadualkan dan mengelakkan sebarang kelewatan.


Menurut sumber amaran itu disampaikan melalui emel yang mendengar perbualan mengenai rampasan kapal terbang serentak daripada tiga lapangan terbang itu.

Pengarah CISF mengesahkan menerima amaran itu dan meletakkan anggota keselamatan dengan mengenakan langkah keselamatan ketat.

Katanya jumlah anggota keselamatan ditempatkan di tiga lapangan terbang itu dipertingkatkan dan langkah kawalan juga diketatkan dengan kerjasama polis dan agensi lain yang mempunyai pelan kontigensi dalam memerangi keganasan.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next