Akademi Bola Sepak Haniza Talha, lahir pelapis bakat muda | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Akademi Bola Sepak Haniza Talha, lahir pelapis bakat muda

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 2 APR: Inisiatif melahirkan pelapis sukan bola sepak tempatan diteruskan menerusi penubuhan Akademi Bola Sepak Haniza Talha bagi mencungkil bakat muda kanak-kanak di bawah usia 10 tahun.

Program seliaan Dewan Undangan Negeri, Taman Medan itu dilaksanakan sebagai menyokong pembangunan sejahtera dan kehidupan positif dalam kalangan kanak-kanak.


Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan, Haniza Talha berkata, pembangungan akademi itu diwujudkan bagi memberi pendedahan dalam bidang sukan kepada kanak-kanak sejak dari awal lagi.

“Sukan bola sepak sinonim dalam kalangan masyarakat Selangor dan digemari rakyat Malaysia secara amanya.

“Perkembangan ini mendorong DUN Taman Medan membangunkan program ini bagi memupuk nilai disiplin, kerjasama dan nilai sosial kanak-kanak.

“Saya yakin sekiranya program ini kita laksanakan pada peringkat awal, lebih ramai bakat pemain bola sepak kanak-kanak dapat diketengahkan,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata, keberkesanan program itu juga turut menampilkan kemudahan dan latihan daripada jurulatih berpengalaman baik dalam sukan bola sepak tempatan.

Bagaimanapun katanya, beliau optimis kejayaan akademi itu turut mempengaruhi peranan dan dokongan ibu bapa dalam membangunkan institusi kekeluargaan di negeri ini.

“Ia tidak terhad kepada penglibatan kanak-kanak sahaja kerana melalui sokongan ibu bapa agar anak-anak mereka menyertai program sebenarnya turut menyumbang kepada institusi kekeluargaan itu sendiri.

“Sebagai contoh, ibu bapa menghantar anak-anak mereka untuk berlatih dan diberi peluang untuk melihat sendiri penglibatan anak-anak mereka dalam sukan itu.

“Ini secara tidak langsung, keprihatinan ibu bapa terhadap anak-anak menjadi lebih erat dan bertambah akrab,” katanya.

Sementara itu, ibu bapa yang mahu menghantar anak-anak mereka bolehlah membuat pendaftaran terus di pejabat DUN Taman Medan pada kadar serendah RM40 sebulan.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next