ARRC: Azlan menang berganda di Buriram Thailand | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

ARRC: Azlan menang berganda di Buriram Thailand

BURIRAM, THAILAND 15 APRIL: Saingan penuh dramatik dalam saingan Perlumbaan 2 SuperSports 600cc apabila kemenangan Anthony West dibatalkan sekaligus menyaksikan pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman meraih kemenangan berganda pada pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berakhir di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, hari ini.

Azlan (Manual Tech KYT Kawasaki Racing) yang memenangi Perlumbaan 1, semalam bersaing sengit bersama pelumba Yamaha Thailand Racing, Decha Kraisart dari awal perlumbaan sebelum West (Akeno Speed WJR Racing) mula meningkatkan kelajuan pada pertengahan perlumbaan dan berjaya memintas Decha ketika berbaki enam pusingan dan seterusnya memintas Azlan untuk mendahului kedudukan ketika perlumbaan berbaki empat pusingan sebelum melintasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 30’00.670s.

Kemenangan West bagaimanapun dibatalkan atas kesalahan mengingkari prosedur teknikal perlumbaan sekaligus menyaksikan Azlan yang menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua dengan masa 30’00.702s dihadiahkan gelaran juara dan terus mendahului kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 83 mata.


Decha yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga dengan masa 30’01.825s muncul naib juara perlumbaan manakala seorang lagi pelumba negara, Md Zaqhwan Zaidi (Musashi Boon Siew Honda Racing) muncul pemenang tempat ketiga dengan masa keseluruhan 30’03.201s.

“Perlumbaan hari ini sangat sukar sejak dari awal lagi. Saya telah memberikan yang terbaik sejak dari awal sehingga ke garisan penamat,” jelas juara SuperSports 600cc 2013 itu.

SS600 in actionTambahnya, “Cuaca hari ini sangat panas, dan semua pelumba berusaha mengekalkan kedudukan masing-masing selain terpaksa mengawal penggunaan tayar dengan baik. Anthony sangat pantas manakala enjin jentera saya mungkin sedikit perlahan berbandingnya dan juga Decha.

Saya terpaksa bekerja lebih keras pada penghujung perlumbaan untuk mengekalkan kedudukan dan gembira dengan keputusan ini. Perlumbaan hari ini sangat menarik dan tahniah kepada semua pemenang.”

Keputusan di tempat ketiga meletakkan Md Zaqhwan berada di tangga ketiga keseluruhan dengan 54 mata, satu mata ketinggalan kepada Taiga Hada (Rama Honda by NTS T.Pro Ten 10) yang berada di kedudukan kedua dengan 55 mata.

Sementara itu, ketiadaan pendahulu keseluruhan, Gerry Salim (Astra Honda Racing) yang mengalami masalah jentera sebelum perlumbaan bermula membuka peluang buat Takehiro Yamamoto (Sidrap Honda Ikazuchi Racing) untuk menjuarai perlumbaan sekaligus merapatkan jurang di dalam perebutan gelaran keseluruhan.

Pelumba Jepun itu menamatkan 10 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 19’07.538s mengatasi rakan sepasukan Gerry, Rheza Danica Ahrens yang berada di tempat kedua dengan kelebihan 1.981s.

Pelumba tuan rumah, Anupab Sarmoon (Yamaha Thailand Racing) yang bersaing sengit bersama Rheza terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dengan masa keseluruhan 19’10.337s.

Gerry Salim yang mencatat kemenangan hatrik sebelum ini kekal ditangga teratas dengan 75 mata, namun diekori rapat oleh Yamamoto dengan perbezaan satu mata manakala Anupab di kedudukan ketiga dengan 72 mata.

Dalam saingan Underbone 150cc, Md Akid Aziz (Uma Racing Yamaha Maju Motor) menjarakkan kedudukan selaku pendahulu keseluruhan dengan mengumpul 65 mata setelah muncul naib juara pada Perlumbaan 2, 14 mata mendahului Md Izzat Zaidi (RCB Kage Motobatt Yamaha YY Pang Racing) yang berada di kedudukan kedua dengan 51 mata.

Md Akid menamatkan lapan pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 16’44.301s, 0.231s dibelakang pemenang, Wahyu Aji Trilaksana (Yamaha Racing Indonesia) yang menamatkan perlumbaan dengan masa 16’44.070s sambil Md Hafieenaz Md Ali (Team One For All) meraih podium pertama setelah menamatkan perlumbaan di tangga ketiga dengan masa 16’45.048s.

Keputusan (Perlumbaan 2)
SuperSports 600cc
1. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Kawasaki 30’00.702s
2. Decha Kraisart (THA) Yamaha 30’01.825s
3. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Honda 30’03.201s
4. Ahmad Yudhistira (INA) Kawasaki 30’03.280s
5. Yuki Ito (JPN) Yamaha 30’03.541s

Kedudukan Keseluruhan
1. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Kawasaki 83 mata
2. Taiga Hada (JPN) Honda 55 mata
3. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Honda 54 mata
4. Ahmad Yudhistira (INA) Kawasaki 51 mata
5. Yuki Ito (JPN) Yamaha 43 mata

Asia Production 250cc
1. Takehiro Yamamoto (JPN) Honda 19’07.538s
2. Rheza Danica Ahrens (INA) Honda 19’09.519s
3. Anupab Sarmoon (THA) Yamaha 19’10.337s
4. Awhin Sanjaya (INA) Honda 19’19.889s
5. Yusuke Nakamura (JPN) Yamaha 19’19.917s

Kedudukan keseluruhan
1. Gerry Salim (INA) Honda 75 mata
2. Takehiro Yamamoto (JPN) Honda 74 mata
3. Anupab Sarmoon (THA) Yamaha 72 mata
4. Rheza Danica Ahrens (INA) Honda 60 mata
5. Awhin Sanjaya (INA) Honda 43 mata

Underbone 150cc
1. Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha 16’44.070s
2. Md Akid Aziz (MAS) Yamaha 16’44.301s
3. Md Hafieenaz Md Ali (MAS) Yamaha 16’45.048s
4. Md Izzat zaidi Salehan (MAS) Yamaha 16’45.305s
5. Tengku Amirul Haffirudin (MAS) Yamaha 16’45.307s

Kedudukan keseluruhan:
1. Md Akid Aziz (MAS) Yamaha 65 mata
2. Md Izzat Zaidi (MAS) Yamaha 51 mata
3. Md Helmi Azman (MAS) 47 mata
4. Wahyu Aji Trilaksana (INA) 45 mata
5. Fakhrusy Syakirin Rostam (MAS) Honda 43 mata
=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next