ARRC: Azlan muncul juara SuperSports 600cc di Thailand | Selangorkini


ARRC: Azlan muncul juara SuperSports 600cc di Thailand

BURIRAM, THAILAND 14 APRIL: Pelumba Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman meneruskan aksi cemerlang apabila berjaya meraih kemenangan sulung bagi musim 2017 setelah menjuarai Perlumbaan 1 pada Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, hari ini.

Pelumba Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu menamatkan 16 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 26’39.999s mengatasi pelumba tuan rumah, Chalermpol Polaimai (Yamaha Thailand Racing) di kedudukan kedua dengan masa 26’41.667s.

Ia diikuti pelumba Australia, Anthony West (Akeno Speed Racing) yang tidak beraksi sewaktu pusingan pertama di Malaysia di kedudukan ketiga dengan masa 26’44.210s.


Azlan bagaimanapun pada satu ketika berada di kedudukan kedua di peringkat awal perlumbaan di belakang rakan sepasukan Chalermpol, Decha Kraisart sebelum pelumba yang bermula dari petak pertama itu terjatuh di pertengahan perlumbaan sekaligus membuka ruang buat Azlan untuk mendahului perlumbaan.

Chalermpol yang berada di kedudukan ketiga cuba memberikan saingan dan pada satu ketika berjaya memintas Azlan, namun Azlan tenang mencari ruang untuk kembali mendahului perlumbaan sehingga ke garisan penamat meskipun mengalami masalah tayar pada penghujung perlumbaan.

Azlan Shah win Race 1“Saya terpaksa lebih berhati-hati pada penghujung perlumbaan kerana mengalami masalah tayar.

‘Setelah Decha terjatuh, saya hanya mengekalkan kelajuan namun Chalermpol berjaya memintas menyebabkan saya terpaksa beraksi lebih agresif untuk kembali memintas dan seterusnya memenangi perlumbaan,” jelas Azlan.

Kemenangan ini meletakkan Azlan yang berjaya meraih podium sewaktu di Malaysia kini mendahului kedudukan keseluruhan dengan 58 mata.

Manakala pendahulu, Taiga Hada (RAMA Honda by NTS T.Pro Ten 10) gagal mengutip sebarang mata setelah terjatuh pada pusingan keenam namun kekal di kedudukan kedua dengan 45 mata. Zaqhwan dan Chalermpol berkongsi kedudukan dengan 36 mata.

Dalam saingan Asia Production 250cc, Gerry Salim (Astra Honda Racing) mencatat kemenangan ketiga berturut-turut sekaligus kekal mendahului kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 75 mata.

Gerry menamatkan 10 pusingan perlumbaan dengan masa 19’10.830s, 0.189s dihadapan pelumba tuan rumah, Anupab Sarmoon (Yamaha Thailand Racing) manakala rakan sepasukan Gerry, Rheza Danica Ahrens di kedudukan ketiga dengan masa 19’11.219s.

Dalam saingan Underbone 150cc, Azroy Hakeem Anuar menebus kekecewaan sewaktu pusingan pembukaan di Malaysia apabila berjaya menjulang gelaran juara buat pertama kali kepada pasukan Yuzy Honda Vietnam Racing pada musim 2017.

Azroy menamatkan lapan pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 16’54.800s mengatasi Md Izzat Zaidi (RCB Kage Motobatt Yamaha YY Pang Racing) sebagai naib juara dengan masa 16’54.984s diikuti Md Helmi Azman (Onexox TKKR Racing) ketiga dengan masa 16’55.203s.

“Saya lihat perlumbaan hari ini agak sengit dan banyak insiden melibatkan pelumba. Saya hanya bertenang sepanjang perlumbaan bagi mengelak daripada berlaku sebarang kemalangan dan memastikan terus kekal dalam kelompok hadapan.

“Saya tidak pasti apa berlaku pada selekoh terakhir dan membuka ruang untuk saya ke hadapan dan seterusnya memenangi perlumbaan. Terima kasih kepada semua terutama pasukan dan keluarga,” jelas Azroy.

Kedudukan keseluruhan kekal milik Md Akid Aziz (Uma Racing Yamaha Maju Motor) yang gagal menamatkan perlumbaan dengan 45 mata diikuti Izzat dan Helmi yang berkongsi kedudukan dengan 38 mata.
Keputusan (Perlumbaan 1)
SuperSports 600cc
1. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Kawasaki 26’39.999s
2. Chalermpol Polaimai (THA) Yamaha 26’41.667s
3. Anthony West (AUS) Yamaha 26’44.210s
4. Ahmad Yudhistira (INA) Kawasaki 26’48.043s
5. Md Zahqwan Zaidi (MAS) Honda 26’49.759s

Kedudukan Keseluruhan
1. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Kawasaki 58 mata
2. Taiga Hada (JPN) Honda 45 mata
3. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Honda 36 mata
4. Chalermpol Polaimai (THA) Yamaha 36 mata
5. Ahmad Yudhistira (INA) Kawasaki 35 mata

AP250
1. Gerry Salim (INA) Honda 19’10.830s
2. Anupab Sarmoon (THA) Yamaha 19’11.019s
3. Rheza Danica Ahrens (INA) Honda 19’11.219s
4. Takehiro Yamamoto (JPN) Honda 19’11.221s
5. Awhin Sanjaya (INA) Honda 19’19.677s

Kedudukan Keseluruhan
1. Gerry Salim (INA) Honda 75 mata
2. Anupab Sarmoon (THA) Yamaha 56 mata
3. Takehiro Yamamoto (JPN) Honda 49 mata
4. Rheza Danica Ahrens (INA) Honda 40 mata
5. Tomoyoshi Koyama (JPN) Honda 32 mata

Underbone 150cc
1. Azroy Hakeem Anuar (MAS) Honda 16’54.800s
2. Md Izzat Zaidi Salehan (MAS) Yamaha 16’54.984s
3. Md Helmi Azman (MAS) Yamaha 16’55.203s
4. Anggi Setiawan (INA) Yamaha 16’55.257s
5. Md Hafieenaz Md Ali (MAS) Yamaha 16’55.283s

Kedudukan Keseluruhan:
1.Md Akid Aziz (MAS) Yamaha 45 mata
2. Md Izzat Zaidi Salehan (MAS) Yamaha 38 mata
3. Md Helmi Azman (MAS) Yamaha 38 mata
4. Fakhrusy Syakirin Rostam (MAS) Honda 33 mata
5. Md Haziq Md Fairues (MAS) Yamaha 33 mata
=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next