Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

Banjir kilat, balik pulih jalan Kundang ambil masa seminggu

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 17 APR: Jalan Kundang di Bandar Baru Kundang, Gombak akan ditutup sementara bermula hari ini bagi kerja baik pulih akibat banjir kilat, petang semalam.

Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Barat Daya, Samsul Nizam Zulkapli berkata, penutupan jalan selama seminggu itu bertujuan untuk membaik pulih struktur jalan dan tanah runtuh yang mengakibatkan anggaran hampir 400 rumah terjejas.

“Bagaimanapun kerja baik pulih struktur jalan dan lereng bukit yang runtuh itu bergantung kepada keadaan cuaca semasa.

BANJIR KILAT KUANG (2)“Punca banjir adalah daripada hujan lebat di lembangan Sungai Kuang menyebabkan air melimpah dan tidak dapat mengalir ke sungai,” katanya dalam kenyataan.

Samsul berkata, status paras air semasa di Sungai Kuang setinggi 4.2 meter, manakala Anak Sungai Kuang setinggi 3.1 meter.

“JKR sudah merancang tebatan banjir bagi Sungai Kuang dan Sungai Kundang fasa satu bagi penyelesaian jangka masa panjang. Iklan tender juga dikeluarkan, pada 10 April lalu.

“Antara kawasan terjejas adalah Kampung Melayu Sri Kundang, Bandar Baru Kundang (Blok A,B,C,E,F dan G), Kampung Damai (Lorong Melur Tambahan), Kampung Cempedak, Taman Rahmat Jaya Fasa 4, Kampung Melayu Sungaig Buloh, Kampung Gombak, Kampung Setia dan Kampung Bunga Raya,” katanya.

-NFN-


Pengarang :