Bonus Rakyat Selangorku (BR1S) tidak wujud | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Hafizan Taib

Bonus Rakyat Selangorku (BR1S) tidak wujud

SHAH ALAM, 20 APRIL: Rakyat Selangor diminta mengabaikan sistem pesanan ringkas (SMS) berhubung program Bonus Rakyat Selangorku (BR1S) kerana ia adalah mesej palsu.

SMS terbabit bertujuan memperdaya penduduk di negeri itu dengan dakwaan ia adalah salah satu program dilaksanakan di bawah Kerajaan Selangor.

SelangorKini yang turut menerima pesanan itu mendapati SMS terbabit tular dan menjadi perbualan orang ramai, sejak kebelakangan ini.


Sehubungan itu, orang ramai dinasihati berwaspada apabila menerima SMS seperti ini dan langkah terbaik adalah merujuk ke Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing bagi mendapatkan maklumat sahih.

Kandungan SMS berkenaan BR1S adalah seperti di bawah:

“Pls pass on to friends who were born in Selangor, fm age 16-55 only. Let them benefit.

BR1S (Bonus RAKYAT SELANGORKU)
RM750 utk semua rakyat SELANGOR SAHAJA berumur 16 hingga 55 tahun, I/C Selangor (10)…
sila rujuk link dibawah untuk permohonan. Siapa yg belum mohon sila isi borang. Permohonan dibuka hingga 29 APRIL 2016
https://i.chzbgr.com/maxW500/7423771648/hF090433B
#sila share….pakat isi cepatt? ? ?
buleh rasa duit kerajaan negeri pulak… tahniah org Selangor. Khas untuk org Selangor”.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next