Bursa Malaysia lebih kukuh pada tengah hari | Selangorkini


Bursa Malaysia lebih kukuh pada tengah hari

SHAH ALAM, 20 APRIL: Bursa Malaysia kembali tinggi selepas kedudukan bercampur-campur pada awal dagangan untuk ditutup lebih kukuh pada akhir dagangan pada tengah hari.

Belian saham berharga rendah muncul di pasaran serantau susulan peningkatan harga minyak. Pada rehat tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.34 mata kepada 1,741.29 berbanding 1,738.95 pada penutupan Rabu.

Indeks penanda aras bergerak antara 1,736.4 dan 1,741.73 di sepanjang dagangan pagi.


Di pasaran serantau, kebanyakan bursa lebih kukuh dengan Nikkei 225 Jepun meningkat 0.29 peratus kepada 18,486.07, Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 0.4 peratus kepada 23,921.39 manakala Indeks Straits Times Singapura menokok 0.24 peratus kepada 3,133.71.

Di Bursa Malaysia, pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 363 berbanding 345, manakala 397 kaunter tidak berubah, 645 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.32 bilion saham bernilai RM825.2 juta dengan sebahagian besar belian tertumpu kepada kaunter berkaitan indeks dan saham berharga murah.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank dan Sime Darby masing-masing menokok dua sen kepada RM9.07 dan RM9.27, manakala Tenaga Nasional, Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing kekal pada RM13.72, RM19.92 dan RM7.58.

Bagi kaunter aktif, Key Alliance, Anzo, Borneo Oil dan Priceworth masing-masing tidak berubah pada 9.5 sen, 36 sen, 18.5 sen dan 23.5.

FBM Ace meningkat 12.8 mata kepada 6,055.13, Indeks FBM Emas menambah 14.14 mata kepada 12,395.13, Indeks FBMT100 meningkat 12.96 mata kepada 12,034.14, FBM 70 menokok 3.6 mata kepada 14,655.85 manakala indeks FBM Emas Shariah melonjak 6.1 mata kepada 12,808.41.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan melonjak 53.76 mata kepada 15,735.02 dan Indeks Perladangan meningkat 9.15 mata kepada 8,000.82. Namun Indeks Perusahaan susut 5.93 mata kepada 3,212.48.

*SUMBER: BERNAMA dan BH Online

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Afeeqa Afeera


Norway    Norway   Norway   Norway  

Norway

Journalist

Ermizi Muhamad


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next