Cabaran 25 tahun MPAJ, optimis sedia pengurusan inovatif | Selangorkini


Cabaran 25 tahun MPAJ, optimis sedia pengurusan inovatif

OLEH ERMIZI MUHAMAD

AMPANG, 13 APRIL: Menjangkau 25 tahun usia penubuhannya Julai depan, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) konsisten bersedia menyediakan pengurusan berteraskan kaedah inovatif dan kreatif membabitkan sistem perkhidmatannya.

Yang Dipertuanya, Abd Hamid Hussain optimis perancangan itu mampu direalisasikan berpandukan saranan Kerajaan Negeri supaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lebih kreatif mengubah persekitaran kerja yang kondusif.


“Warga kerja MPAJ sentiasa menekankan aspek budaya kerja berkualiti agar sistem penyampaian perkhidmatan berada pada tahap terbaik .

“MPAJ kini sentiasa menekankan kepada budaya kerja berpasukan dalam kalangan kakitangan dari pelbagai jabatan yang memberikan kejayaan terbaik kepada MPAJ dalam pelbagai pengiktirafan luar,” katanya.

Merealisasikan hasrat itu, Abd Hamid berkata, pihaknya turut memberi tumpuan kepada pembaikan integriti membabitkan anggotanya agar tidak timbul pelbagai spekulasi negatif dalam pengurusannya.

“MPAJ menyahut saranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menandatangani saranan supaya ikrar integriti korporat dilaksanakan bagi menyokong pencegahan rasuah dalam kalangan penjawat awam.

“Penekanan dan inisiatif sesebuah organisasi dalam menerapkan integriti dalam etika kerja sememangnya bertepatan dengan iltizam Kerajaan Negeri untuk memperkasakan nilai integriti,” katanya.

Terdahulu, Abd Hamid bercakap pada Majlis Perasmian Perkhidmatan Cemerlang MPAJ di Hotel Flamingo, Ampang di sini, malam tadi.

Dalam perkembangan itu, seramai 65 kakitangan MPAJ menerima pengiktirafan kecermelangan perkhidmatan dengan masing-masing menerima sijil penghargaan, cenderahati dan hadiah prestasi sebanyak RM1,000.00.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next