SELANGOR

DNS: Speaker kecewa kehadiran ADN kurang memberangsangkan

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 3 APR: Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh hari ini menegur kehadiran kurang memberansangkan Ahli Dewan Negeri (ADN) sepanjang persidangan kali ini.

Beliau berkata, kehadiran wakil rakyat terutama dalam kalangan pembangkang adalah mengecewakan kerana mereka perlu hadir ekoran sidang DNS landasan penting untuk mendapatkan penjelasan daripada Kerajaan Negeri.

“Saya kecewa dengan kehadiran wakil rakyat terutama pembangkang sedangkan ini adalah sesi penting untuk dapatkan jawapan.

Hannah Yeoh“Selalu saya nampak Dengkil seorang yang hadir,” katanya di DNS, di sini, hari ini.

ADN Dengkil, Shahrum Mohd Sharif kemudian bangkit mempersoalkan ramai wakil rakyat Kerajaan Negeri juga tidak hadir ke sidang DNS.

“Dengkil, saya cuma berkata ‘terutama’ ramai yang tidak hadir dalam kalangan pembangkang,” jawab Hannah.

Terdahulu, ketika sesi soal jawab, ramai wakil rakyat tidak hadir untuk membacakan soalan untuk dijawab Kerajaan Negeri.

Ia menyebabkan banyak soalan terpaksa ‘dilepaskan’ tanpa jawapan.

Mengikut peraturan, setiap soalan perlu dibaca oleh wakil rakyat yang bertanya untuk membolehkan ia dijawab Kerajaan Negeri.

Jika tiada, Speaker perlu lepaskan dan beralih ke soalan seterusnya.

-NFN-


Pengarang :