Gempa bumi sederhana 5.3 gegar Filipina | Selangorkini


Gempa bumi sederhana 5.3 gegar Filipina

SHAH ALAM 8 APRIL: Satu Gempa bumi sederhana berlaku pada jam 3:08 petang di Utara 120.6 Timur dengan magnitud 5.3 dan kedalaman 10km di Mindoro, Filipina.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan ia berlaku di lokasi 58km Barat Daya Bandar Batangas, Filipina.

Kejadian itu berlaku sejauh 853km Timur Laut Kudat,Sabah.


Tiada Ancaman Tsunami.

Sementara itu dalam perkembangan terkini tiga gempa bumi 5.0 hingga 5.9 magnitud melanda wilayah Batangas di pulau Luzon di Filipina hari ini, menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gegaran di wilayah kira-kira 90 kilometer ke selatan Manila itu berlaku pada tempoh 20 minit. Wartawan Reuters melaporkan berasa gegaran selama seminit di kawasan perniagaan Makati di Manila.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next