Gergasi Merah ikat Tok Gajah 2-2 di Kuantan | Selangorkini


Gergasi Merah ikat Tok Gajah 2-2 di Kuantan

KUANTAN 16 APRIL: The Red Giants berjaya mengikat skuad Tok Gajah satu mata selepas melakar keputusan seri 2-2 berdepan dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini malam tadi.

Selangor terlebih dulu mendahului permainan dengan jaringan menerusi rembatan penyerang importnya Juliano Mineiro Fernandes dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Pahang Wan Azraie Wan Teh pada m-5.

Selang lima minit kemudian skuad kendalian Dollah Salleh kembali menyamakan kedudukan menerusi kapten pasukan Matthew Davies.


Aksi diteruskan dengan kedua-dua pasukan saling menyerang tetapi penyudah tumpul menghalang hajat mereka menambahkan jaringan.

Separuh babak pertama perlawanan berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat satu jaringan sama.

Bersambung babak kedua, Forkey Doe mudah menyempurnakan sepakan penalti selepas Victor Astafei dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Mohd Faisal sekaligus Selangor mendahului 2-1 pada minit ke-63.

Pahang yang ketinggalan berusaha untuk kembali menyamakan kedudukan dengan melakukan serangan pantas tetapi dipatahkan jentera pertahanan lawan.

Namun, pada minit ke-87, Faisal menebus kesilapan apabila menjaringkan gol penyamaan 2-2 untuk memastikan Pahang tidak diaibkan di laman sendiri ketika selangor gembira kerana pulang sekurang-kurangnya dengan satu mata di tempat lawan.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next