Harga getah mungkin naik sedikit | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Harga getah mungkin naik sedikit

KUALA LUMPUR 1 APR: Pasaran getah Malaysia dijangka menyaksikan dagangan lengang minggu depan, dengan pelabur berkemungkinan mengambil sikap tunggu dan lihat kerana menantikan pemangkin baharu, kata peniaga.

Seorang peniaga berkata sentimen juga kekal berhati-hati dengan ringgit serta pergerakan harga minyak mentah global yang kukuh, lapor BERNAMA.

“Harga getah mungkin naik sedikit pada akhir minggu setelah terdapat petunjuk baharu dan juga mengikut pergerakan di pasaran niaga hadapan serantau,” katanya.


Bagi minggu yang baru berakhir, pasaran didagangkan kebanyakannya tinggi seiring dengan Bursa Komoditi Tokyo serta pergerakan ringgit dan minyak mentah.

Bagi asas perbandingan Jumaat ke Jumaat, harga tengah hari Lembaga Getah Malaysia bagi SMR 20 susut 30.5 sen kepada 798.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal berkurangan 36.5 sen kepada 671.5 sen sekilogram.

Pada jam 5 petang, harga akhir tidak rasmi SMR 20 susut 66 sen kepada 757 sen sekilogram, manakala lateks pukal turun 32.5 sen kepada 673.5 sen sekilogram.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next