EKONOMI

Harga minyak Brent AS$54.28 setong

SINGAPURA 5 APRIL: Harga minyak pagi ini meningkat berikutan isyarat pasaran yang semakin sempit susulan lebihan pengeluaran selama beberapa tahun yang menyebabkan tangki simpanan di seluruh dunia terbeban dengan bahan api tidak terjual.

Harga bagi niaga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa bagi minyak, adalah AS$54.28 setong pada 0149 GMT, meningkat 11 cents daripada penutup terakhirnya, lapor REUTERS.

Di Amerika Syarikat (AS), niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) menokok 16 cents pada AS$51.19 setong.

Peniaga berkata, suasana pasaran yang semakin sempit secara berperingkat menyebabkan harga minyak meningkat, dengan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) menerajui usaha mengurangkan output.

Dengan kebanyakan minyak mentah OPEC dieksport menggunakan kapal tangki, menjejaki pergerakan kapal adalah pengukur yang baik terhadap keadaan pasaran.

Bekalan minyak yang dihantar berkurangan sebanyak 17 peratus sejak awal tahun ini, menurut firma penganalisis minyak, Vortexa.

=EZY=


Pengarang :