Harga minyak dunia naik sedikit | Selangorkini


Harga minyak dunia naik sedikit

NEW YORK 14 APRIL: Harga minyak naik terus naik sedikit dalam minggu ini seiring jangkaan bekalan dan permintaan global yang semakin seimbang.

Namun demikian, peningkatan bilangan loji minyak di AS yang kembali beroperasi ketika ini dilihat bakal menjadi ancaman kepada keseimbangan penawaran dan permintaan yang bakal wujud, lapor REUTERS.

Sehubungan itu, penganalisis pasaran tenaga CHS Hedging, Tony Headrick, berkata OPEC akan memantau perkara itu.


“OPEC memantau perkara ini dan bakal menjadi topik utama perbincangan mereka sama ada perlu melanjutkan lagi tempoh mengurangkan keluaran bagi menstabilkan harga,” katanya.

Niaga hadapan kontrak penanda aras minyak mentah global, Brent North Sea naik tiga cent kepada AS$55.89 setong selepas mencecah paras tertinggi satu bulan pada Khamis.

Niaga hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate juga menokok tujuh cent kepada AS$53.18 setong.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next