Inisiatif ‘Go Green’ MPAJ capai matlamat | Selangorkini


Inisiatif ‘Go Green’ MPAJ capai matlamat

SHAH ALAM, 20 APRIL: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) giat melaksanakan inisiatif ‘Go Green’ ke arah merealisasikan matlamat rendah karbon di negeri ini.

Yang Dipertua MPAJ, Abdul Hamid Abdul Hussein berkata, pelaksanaan dasar itu seiring pengukuhan agenda Smart Selangor yang menekankan konsep pembangunan hijau negeri.

“Kini MPAJ merangka aktiviti pembangunan hijau dengan memperbanyakkan kebun komuniti, pemasangan lampu LEAD di premis MPAJ, bangunan Menara, gerai majlis, lampu jalan dan aset lain.


“Menyokong ke arah usaha itu, MPAJ turut menyediakan dua petak cas kenderaan elektrik di bangunan MPAJ sebagai inisiatif serta hasrat mencapai matlamat Ampang Jaya Bandar Rendah Karbon 2017-2030,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, MPAJ menjadi pihak berkuasa tempatan ketiga dipilih menjayakan bandar rendah karbon bersama ‘Çarbon Trust’ dari United Kingdom.

ydp-mpaj-abd-hamid-hussainAbdul Hamid optimis mampu mencapai sasaran 30 peratus penurunan karbon dalam tempoh lima tahun akan datang menerusi pelaksanaan program yang menggunapakai Sistem Penilaian dan Kerangka Bandar Rendah Karbon (LCCF).

“Berdasarkan kajian dijalankan MPAJ bersama perunding The Carbon Trust pada 2016, kita yakin mampu menurunkan 30 peratus karbon pada 2022 melalui pelaksanaan program rendah karbon.

“Justeru, kempen ini akan dilaksanakan untuk tempoh lima tahun membabitkan kos keseluruhan kira-kira RM15 juta seperti dicadangkan The Carbon Trust,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Afeeqa Afeera


Norway    Norway   Norway   Norway  

Norway

Journalist

Ermizi Muhamad


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next