Inisiatif Tahun Melawat Daerah perlu jadi ikutan | Selangorkini


Inisiatif Tahun Melawat Daerah perlu jadi ikutan

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 9 APRIL: Tourism Selangor berbesar hati apabila inisiatif Tahun Melawat membabitkan dua daerah di negeri ini menjadi ikutan daerah di negeri lain.

Pengurus Besarnya, Noorul Ashikin Mohd Din berkata, penganjuran Tahun Melawat Daerah jarang berlaku dalam negara namun dua daerah membabitkan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dilaksanakan tahun ini.


“Biasanya hanya dilakukan Tahun Melawat Negeri tetapi usaha kita di Selangor menjadi ikutan di negeri lain sebagai contoh Tahun Melawat Keningau 2018.

“Pelaksanaan ini perlu diteruskan di daerah-daerah lain dalam Selangor supaya dapat memperkenalkan lagi eko pelancongan setiap daerah,” katanya di Roadshow Tahun Melawat MDHS, semalam.

Noorul berkata Selangor mempunyai kebolehcapaian kemudahan terbaik di Malaysia sebagai pintu masuk pelancong dalam dan luar negara.

“Dengan pelbagai kemudahan yang terdapat di Selangor ia dapat memenuhi permintaan dan memudahkan pelancong,” katanya.

Pada masa sama, beliau mahu setiap daerah yang menjalankan Tahun Melawat mengembangkan rakan kerjasama dengan agensi pelancong bagi membolehkan kemudahan dinikmati pelancong.

“Contohnya, kenderaan, lokasi atau penginapan supaya kita dapat membawa lebih ramai pelancong ke daerah masing-masing,” katanya.

Katanya, pelaksanaan Tahun Melawat daerah menepati matlamat hala tuju Kerajaan Negeri yang mahukan sektor pelancongan menjadi penyumbang besar pendapatan negeri.

Malah, katanya, peluang pekerjaan dan penyelidikan dalam bidang itu juga dapat dikembangkan secara lebih agresif.

“Dengan inisiatif dan inovasi penganjuran ini, ia memberi hala tuju dan kata sepakat khususnya penduduk setempat untuk bersama memupuk semangat ‘think tourism’ supaya usaha promosi dapat dijalankan dengan berkesan dan berimpak tinggi,” katanya.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next