Jakarta tentukan Gabenor 19 April | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Nurul Farina Nazlan

Jakarta tentukan Gabenor 19 April

SHAH ALAM, 17 APR: Pusingan kedua pilihan raya Ketua Daerah bagi memilih Gabenor Jakarta dilihat bakal mendedahkan kota raya terbabit kepada ketegangan politik dan agama, pada 19 April ini.

Reuters melaporkan, Perlumbaan kian sengit antara penyandang Gabenor Basuki ‘Ahok’ Tjahaja Purnama iaitu penganut Kristian keturunan Cina menghampiri jumlah undian yang diperoleh bekas Menteri Pendidikan, Anies Baswedan.

Ketika ini, Ahok sedang dibicara atas tuduhan menghina agama berpunca daripada kempen besar-besaran yang diketuai penyokong tegar Islam dan dakwaan komplot menggulingkan Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo.


AHOKPilihan raya Jakarta itu dianggap pilihan utama menjelang pilihan raya presiden 2019 antara kumpulan yang mengamalkan dasar sekular pasca Perang Dunia Kedua dan kumpulan fanatik Islam yang semakin kuat, kebelakangan ini.

Penganalisis politik dan penasihat bekas Presiden Abdurrahman Wahid, Wimar Witoelar berkata, undian itu adalah ujian kes buat masyarakat majmuk Indonesia jika dapat bertahan daripada tekanan kumpulan agama dan penyokong populis.

“Indonesia berada di persimpangan, saya maksudkan Indonesia bukan hanya Jakarta,” katanya lapor MalaysiaKini.

Tinjauan firma Indikator menunjukkan, Anies mendahului sokongan undian dengan 48.2 peratus diikuti Ahok 47.4 peratus, manakala 4.4 peratus berkecuali.

Ahli perniagaan bimbang tentangan ganas daripada pihak yang kalah dalam pilihan raya, sekali gus menjejaskan persekitaran pelaburan selain membahayakan pembaharuan ekonomi mantap yang diperkenalkan Jokowi.

Ahok yang menggantikan Jokowi pada 2014 sebagai gabenor ibu kota itu selepas berkhidmat sebagai timbalannya yang menyaksikan popularitinya meningkat ketika menangani pembangunan uzur, masalah banjir kronik dan rasuah endemik di bandar penuh sesak dihuni lebih 10 juta penduduk.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next